Syarat dan Terma Sewa Kereta Seremban
Terma dan Syarat sewaan, kawasan liputan, sewaan lebih masa dan sebagainya.
Dokumen yang diperlukan untuk penyewaan kereta
Ini adalah dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses sewa kereta bersama kami.
- salinan kad pengenalan penyewa kereta.
- Salinan lesen memandu penyewa kereta.
- Salinan kad pelajar (jika masih belajar).
- Bil Utiliti(TNB, Bil Air, astro dan sebagainya)
- Slip Gaji atau SSM bagi yang tidak bekerja
Terma sewaan kereta bersama Darul Naim Transport
- Umur minimum untuk penyewa kereta ialah 21 tahun.
(Semua pemandu mesti memiliki Lesen Memandu Kelas D Malaysia yang sah dan terkini.) - Penyewa dilarang daripada terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah atau melanggar mana-mana undang-undang Malaysia.
- Syarikat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyewa yang tidak patuh, dan laporan polis akan dibuat.
- Mana-mana kerosakan atau kecacatan pada bahagian dalam atau luar kereta sewaan semasa tempoh penyewaan akan dikenakan caj RM50.00 (minimum) hingga RM2,500.00 (maksimum) kepada penyewa.
- Penyewa tidak dibenarkan untuk menukar atau mengambil mana-mana bahagian kereta sewaan. Laporan polis akan dibuat sekiranya peraturan ini dilanggar.
- Sebarang denda atau penalti dari pihak berkuasa semasa tempoh penyewaan adalah tanggungjawab pemandu / penyewa.
- Deposit sebanyak RM100.00 diperlukan untuk kereta biasa, RM300 untuk Starex dan Vellfire, dan RM500 untuk Alphard. (tertakluk kepada syarikat).
- Syarikat hanya akan membenarkan tempahan kenderaan dibuat selepas menerima deposit.
Sebarang pembatalan tempahan akan menyebabkan kehilangan deposit. - Deposit akan dikembalikan semasa pengembalian kenderaan.
- Sebarang sambungan tempoh penyewaan mesti dimaklumkan kepada syarikat lebih awal.
- Insurans perjalanan percuma hanya apabila menyewa 6 hari keatas sahaja.
- Kereta sewaan tidak dibenarkan untuk keluar dari destinasi yang ditetapkan. (perlu beritahu kepada syarikat terlebih dahulu)
Syarat Menyewa kereta dari kami Darul Naim Transport
- Penyewa mesti memastikan mereka mengisi borang “Car Pickup” semasa mengambil kereta dan “Car Return” semasa
pemulangan kereta dengan teliti. - Aras minyak semasa mengambil dan pemulangkan kereta adalah sama. Tiada tuntutan bayaran balik sekiranya ada lebihan
minyak. - Tidak boleh melepasi sempadan negara tanpa mendapat kebenaran dari syarikat. Hanya penyewa dan pemandu tambahan
boleh memandu kereta ini. - Mematuhi peraturan jalan raya di Malaysia dan sebarang kegiatan jenayah atau salah adalah tidak dibenarkan. Sewaan untuk
pihak ketiga adalah tidak dibenarkan. - Melanjutkan sewaan, anda mesti memaklumkan kepada syarikat dan pembayaran mesti dibayar sebelum masa lanjutan.
- Bayaran tidak dikembalikan untuk pulangan awal & jika tidak dapat melunaskan bayaran penyewa perlu memberi barang
cagaran. - Meminum alkohol atau membawa dadah atau membawa haiwan peliharaan atau membawa makanan berbau semasa sewaan
adalah tidak dibenarkan. - Apabila kemalangan, segera melaporkan kepada pihak syarikat. Tidak boleh menggunakan lori tunda bukan dari pihak syarikat.
- Jika belaku kemalangan, caj bergantung kepada kerugian syarikat dan caj maksimum adalah berdasarkan jadual di dalam terma
dan syarat. - Pihak syarikat berhak memaklumkan kepada pihak Polis jika penyewa disyaki melakukan jenayah.
- Pelanggaran terma dan syarat, penyewa akan disenarai hitam (CTOS) termasuk caj perkhidmatan 10%, penalti maksimum
RM3000 & tindakan undang-undang termasuk menyiarkan maklumat penyewa di laman web atau media sosial. - Saya Bersetuju dengan syarat-syarat diatas serta syarat-syarat yang dilampirkan bersama dengan perjanjian ini.
Lokasi liputan Sewa Kereta Seremban
Servis kereta sewa kami merangkumi kawasan Bandar Sri Sendayan, Seremban 2, Enstek Nilai.
Sewaan melebihi had waktu
- Pemulangan kenderaan selepas waktu operasi pejabat adalah rm10 satu jam.
- Manakala kenderaan MPV adalah rm 50 satu jam.
Perkara yang anda perlu tahu
Ini adalah Standard Operation Procedure (SOP) yang anda perlu tahu untuk penyewaan kenderaan bersama Darul Naim Transport.
- Penghantaran kenderaan adalah percuma untuk sewaan 3 hari dan keatas di dalam kawasan Bandar Sri Sendayan dan Seremban 2 sahaja sekiranya ada kekosongan runner.
- Bayaran penghantaran akan dikenakan untuk lokasi di luar Sendayan dan Seremban 2 berdasarkan jarak dari pejabat pengurusan.
- Kos penghantaran MPV RM100 untuk diluar kawasan Bandar Sendayan dan Seremban 2.
- Kenderaan boleh di pickup mengikut lokasi yang akan diberikan oleh kami di sekitar Seremban 2, Bandar Sri Sendayan atau Bandar Enstek.
- Sila ambil gambar setiap sudut kenderaan bagi tujuan rujukan .dan wajib whatsapp kepada pihak Darul Naim Transport.
Cara tempah kereta sewa Pantas & Mudah
Kereta sewa sedan yang murah dan berpatutan. Sesuai untuk keluarga atau individu yang memerlukan ruang bonet untuk bagasi. Dapatkan kereta sewa anda sekarang.
Langkah #1
WhatsApp kami untuk tempahan
Pilih kereta yang anda ingin sewa dan tekan butang WhatsApp dibawah kereta tersebut.
Langkah #2
Berikan maklumat berkaitan
Berikan maklumat berkaitan seperti nama, jenis kereta dan salinan dokumen yang diperlukan.
Langkah #3
Penghantaran kereta
Kami akan hantar kereta kepada anda. Servis penghantaran rumah hanya dibuka untuk kawasan Bandar Sri Sendayan dan Seremban 2.
Langkah #4
Pemulangan kereta
Setelah selesai, sila maklumkan kepada kami dan kami akan datang mengambil kereta itu semula daripada pihak penyewa.